|
KGMM sedia mendaki lima gunung |
|
|
Khamis, 28 Januari 2010 09:41 |
|
PASIR PUTEH - Selepas berjaya ke puncak Gunung Tebu beberapa hari lalu, ahli Kelab Kembara Gunung Malaysia (KKGM) kini bersedia untuk menawan lima gunung lagi sepanjang tahun ini. Pengerusinya, Adnan Othman berkata, KKGM akan mendaki Gunung Ledang pada bulan Februari diikuti Gunung Korbu (Mac), Gunung Stong (April), Gunung Tahan (Mei) dan Gunung Kinabalu (Julai). Adnan berkata, sebagai mempersiapkan diri dengan aktiviti mencabar itu, ahli kelab diminta mengikuti latihan fizikal seperti yang ditetapkan iaitu di Taman Rekreasi Tengku Anis (Kota Bharu), Bukit Besar (Terengganu) dan Bukit Bakar (Machang, Kelantan).
|
|
Baca Lagi...
|
|
|
Konsep kebajikan selaras tuntutan Islam |
|
|
Selasa, 26 Januari 2010 09:14 |
|
SEMERAK - Kerajaan Negeri mengamalkan konsep berkebajikan mengikut lunas Islam apabila tiada sebarang bentuk diskriminasi dilakukan dalam menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, amalan tersebut bukan sahaja membuatkan rakyat beragama Islam berterima kasih kepada kerajaan, malah golongan bukan Melayu seperti Cina dan Siam turut tertarik serta menyambut baik.
|
|
Baca Lagi...
|
|
Tingkatkan Hasil Ternakan Keli |
|
|
Rabu, 20 Januari 2010 20:52 |
|
KAMPUNG TEMILA –Sepuluh peserta Projek Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas Ladang Rakyat diminta berusaha meningkatkan hasil dalam projek akan datang selepas Berjaya mengeluarkan hasil memberangsangkan, baru-baru ini. Pengerusi Peserta Ladang Rakyat dewan Undangan Negeri (DUB) Limbongan, Wan Mohd Saufi Wan Mohd Ali berkata, kejayaan ini seharusnya mendorong peserta meningkatkan usaha.
|
|
Baca Lagi...
|
|
LTN, agensi kerajaan bantu penanam |
|
|
Rabu, 20 Januari 2010 20:47 |
|
CHERANG TULI - Lembaga Tembakau Negara (LTN) meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta sebagai membantu bekas penanam tembakau mengusahakan projek integrasi dan projek penanaman secara fertigasi. Ketua Pengarah LTN, Ahmad Loman berkata, sebanyak RM2.75 juta diperuntukkan bagi membangunkan projek fertigasi seperti jagung manis, keledek dan tembikai membabitkan kawasan seluas 100 hektar.
|
|
Baca Lagi...
|
|
Majlis Angkat Sumpah Dan Penerimaan Watikah Perlantikan Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh |
|
|
Isnin, 18 Januari 2010 18:21 |
|
PASIR PUTEH – Seramai 19 pemimpin masyarakat dari empat DUN dan satu Parlimen di sini telah mengangkat sumpah dan menerima watikah perlantikan sebagai Ahli Majlis Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) bagi sesi 2010, daripada YB Dato’ Takiyudin bin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan. Majlis ini turut di hadiri oleh Yang Dipertua MDPP, Tn. Hj. Wan Abdul Aziz bin Wan Jaafar, Setiausaha MDPP, En. Mohd Shamsul Baharin bin Isa, YB Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB ADUN Limbongan, ADUN Gaal dan ADUN Semerak, semua ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri serta pegawai MDPP.
|
|
Baca Lagi...
|
|
JPAM galak anggota sertai aktiviti amal |
|
|
Selasa, 12 Januari 2010 09:38 |
|
PASIR PUTEH - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pasir Puteh me-ngajak anggotanya menyertai kerja amal pada bulan Muharam dengan menderma darah dan memasak bubur Asyura. Pegawai JPAM Pasir Puteh, Aziz Abdul Rahman berkata, kedatangan Muharam disemarakkan de-ngan kerjasama memasak dua kawah bubur Asyura dan membantu menambah bekalan darah Hospital Tengku Anis (HTA). Menurutnya, kira-kira 40 anggota JPAM terlibat dalam program derma darah yang dijadikan sebagai acara tahunan.
|
|
Baca Lagi...
|
|
Gula-gula rokok ‘racuni’ kanak-kanak |
|
|
Ahad, 10 Januari 2010 11:28 |
|
PASIR PUTEH - “Saya terus naik angin apabila melihat sebatang rokok berada di mulut anak saya berusia lapan tahun dan cuba memarahinya sebelum mendapati, ia hanya `rokok gula-gula’,” kata Tuan Mat Raja Kadir, 48, yang kecewa selepas mendapati makanan ringan terbabit mendapat sambutan hangat dalam kalangan kanak-kanak. Sekali pandang katanya, ia boleh mengelirukan sesiapa yang melihatnya kerana rokok gula-gula terbabit dibuat hampir menyerupai rokok sebenar selain kotak yang digunakan untuk membungkusnya juga turut mirip seperti kotak rokok asli.
|
|
Baca Lagi...
|
|
JPP jangka terima senarai kemusnahan banjir Februari |
|
|
Ahad, 03 Januari 2010 09:23 |
|
TOK BALI - Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan menjangkakan akan menerima senarai kemusnahan akibat banjir di negeri ini, pada Februari tahun depan sebelum menentukan kos membaik pulih. Timbalan Pengarah JPP, Che Othman Che Mat berkata, negeri ini yang dilanda banjir tiga kali menyebabkan senarai mengenai kerosakan itu tidak dapat disediakan dalam waktu terdekat. Che Othman berkata, agensi kerajaan di negeri termasuk Jabatan Pertanian dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah giat melancarkan gerakan membanci jumlah kerosakan.
|
|
Baca Lagi...
|
|
Malam Sejuta Kenangan |
|
|
Khamis, 31 Disember 2009 11:23 |
|

Majlis Makan Malam & Penyampaian Anugerah Majlis Daerah Pasir Puteh dan Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh. "MALAM SEJUTA KENANGAN" yang telah diadakan pada 29 Disember 2009, jam 8.30 malam yang bertempat di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh. Pelbagai acara dipersembahkan, antaranya dikir barat dan karaoke. Lebih meriah lagi, cabutan bertuah turut diadakan. |
|
|
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Seterusnya > Tamat >>
|
|
Muka 6 daripada 9 |