ms MS en EN
FAQ Hubungi Kami Maklum Balas Peta Laman

Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh mendapat 4 bintang dalam Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) bagi Pentadbiran Tanah

Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh mendapat 4 bintang dalam Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) bagi Pentadbiran Tanah

Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh telah diperakukan penarafan 4 bintang dalam Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) bagi Pentadbiran Tanah. Penarafan ini diumumkan oleh Ketua Panel Penilai, Puan Roziana binti Omar di Bilik Gerakan Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh.

Turut hadir semasa sesi "Exit Conference" adalah Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Encik Kamaruzaman dan pegawai yang terlibat di dalam proses penilaian. Sesi penilaian yang berlangsung selama 2 hari ini adalah merangkumi semua aspek berkaitan pengurusan organisasi, perkhidmatan teras iaitu pengurusan tanah dan pengurusan pelanggan.

Semoga dengan penilaian ini dapat membantu jabatan dalam menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Selain itu, ianya juga menjadi penanda aras kepada jabatan di dalam menambahbaik perkhidmatan yang diberikan.

Galeri Foto

© Hakcipta Terpelihara {2022} Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh. Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800 | Tarikh Kemaskini : 16 April 2024
KELGOV PPST
Arkib

Hebahan