Accessibility Tools

Skip to main content

Program Gotong Royong dan Mengecat Petak Parkir Kereta

 Pada 3 Julai 2025, satu program gotong-royong telah diadakan di Perkarangan Parkir PTJPP dengan tujuan untuk mengecat semula petak parkir kereta. Program ini melibatkan penyertaan kakitangan dari pelbagai unit yang bersama-sama berganding bahu membersihkan kawasan serta menceriakan semula ruang parkir.

Aktiviti bermula seawal pagi dengan pembahagian tugas, disusuli kerja-kerja membersih dan mengecat yang dijalankan dalam suasana mesra dan penuh semangat muhibah. Program ini bukan sahaja meningkatkan keceriaan persekitaran, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai matlamatnya dan diharapkan semangat kerjasama seperti ini akan diteruskan dalam program-program akan datang.

Galeri Foto

  • Hits: 6

KELGOV PPST
Arkib Elektronik

https://ptjpp.kelantan.gov.my/index.php/ms/profil/dasar-privasi