ms MS en EN
FAQ Hubungi Kami Maklum Balas Peta Laman

Perutusan Ketua Jajahan

 

 

Bismillahir Rahmanir Rahiim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh dapat dibangunkan dengan jayanya selaras dasar kerajaan yang mahukan setiap agensi kerajaan mempunyai laman web mereka sendiri bagi tujuan penyebaran maklumat yang lebih efisien dan efektif.

Teknologi maklumat adalah sangat penting dan merupakan aset utama pembangunan sesebuah negara. Menyedari akan kepentingannya, Perdana Menteri kita telah mengesyorkan penggunaan IT secara meluas supaya masyarakat turut sama mengecapi kemajuan dan tidak ketinggalan dalam mengejar arus kemodenan masa kini. Dengan kepesatan dunia sains dan teknologi kini juga dapat membantu pekerja sektor awam meningkatkan prestasi serta kualiti pejabat kerajaan khususnya Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.

Saya sedar matlamat untuk mencapai tahap perkhidmatan yang cemerlang bagi sesebuah organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan keinginan dan komitmen yang tinggi di kalangan pekerja untuk memperbaiki dan memajukan diri seiring dengan perkembangan teknologi maklumat kini. Adalah menjadi harapan saya, laman web ini menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan terima kasih dan tahniah kepada para pegawai dan semua yang terlibat dalam menghasilkan laman web ini. Insyaallah, marilah sama-sama kita berdoa semoga usaha murni ini mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Sekian, wassalam.

 

PENTADBIRAN CEKAP, PEMBANGUNAN PESAT

YABrs En. Mohd. Roshdi bin Ismail
(Ketua Jajahan Pasir Puteh)

© Hakcipta Terpelihara {2022} Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh. Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800 | Tarikh Kemaskini : 24 April 2024

Please publish modules in offcanvas position.

KELGOV PPST
Arkib

Hebahan