
Program Persediaan Menghadapi Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 – Jajahan Pasir Puteh
Program Persediaan Menghadapi Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 – Jajahan Pasir Puteh
📅 Tarikh: 26 Ogos 2025
📍 Lokasi: Pejabat Laut, Tok Bali
Sebagai langkah proaktif dalam menghadapi musim Monsun Timur Laut bagi tahun 2025/2026, satu program persediaan khas telah dianjurkan di Jajahan Pasir Puteh. Program ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan utama termasuk:
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Unit Pembangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh (PTJPP)
🎯 Objektif Program:
Memperkukuh kecekapan pengendalian bot dan aset logistik air bagi setiap agensi yang terlibat, sekaligus meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan koordinasi semasa operasi bencana banjir.
🎙️ Perasmian:
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Ketua Jajahan Pasir Puteh, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Timbalan Pengarah Pengurusan Bencana Negeri, sebagai tanda sokongan padu terhadap usaha kesiapsiagaan bencana di peringkat jajahan.
- Hits: 73