
PROGRAM GOTONG-ROYONG "SAPU HABIS @ CLEAR PORT"
Kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Pasir Puteh
Program ini telah berlangsung pada 25 September 2025 dan mendapat penyertaan aktif daripada pelbagai agensi serta komuniti setempat.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Ketua Jajahan Pasir Puteh bersama Tuan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan.
Turut hadir sama:
- Penggawa Daerah
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
- Penduduk setempat
Program ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat dalam usaha mempertingkatkan kebersihan, keselamatan, dan kesejahteraan komuniti.
- Hits: 23