Accessibility Tools

Skip to main content
Lawatan Ketua Jajahan Pasir Puteh ke Tapak Kerja Kereta Berhias

Lawatan Ketua Jajahan Pasir Puteh ke Tapak Kerja Kereta Berhias

30 September 2025, Tuan Ketua Jajahan Pasir Puteh telah mengadakan lawatan rasmi ke lokasi pembinaan kereta berhias yang sedang disiapkan bagi menyertai Perarakan Kereta Berhias sempena Hari Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-56, yang akan berlangsung pada 4 Oktober 2025 bertempat di Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bharu.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah KPKJ (P), PPSE, Jurutera Jajahan (JKR), serta kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh yang terlibat secara langsung dalam penyertaan perarakan tersebut.

Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau persiapan akhir, memberikan sokongan moral kepada pasukan kerja, serta memastikan reka bentuk kereta berhias yang dihasilkan menzahirkan identiti daerah Pasir Puteh dan mencerminkan semangat kebersamaan seluruh warga jajahan. 

Galeri Foto

 

  • Hits: 21

KELGOV PPST
Kebebasan Maklumat
Arkib Elektronik

https://ptjpp.kelantan.gov.my/index.php/profil/dasar-privasi