Accessibility Tools

Skip to main content
 Perhimpunan Bulanan PTJPP

 Perhimpunan Bulanan PTJPP

 Perhimpunan Bulanan PTJPP

Pada 26 Oktober 2025, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2025 bertempat di Ruang Legar PTJPP bermula jam 8.30 pagi. Majlis dimulakan dengan ketibaan pegawai dan kakitangan, diikuti oleh ketibaan YABrs. Ketua Jajahan Pasir Puteh.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan, serta lafaz ikrar Rukun Negara sebagai tanda semangat patriotisme. Seterusnya, YABrs. Ketua Jajahan menyampaikan ucapan yang menyentuh aspirasi dan pencapaian jabatan.

Majlis turut meraikan para peserta Perbarisan Hari Kebangsaan Tahun 2025 dengan penyampaian sijil penghargaan, diikuti penganugerahan khas kepada penerima Anugerah Inovasi Pejabat Tanah dan Jajahan (AIPTJ) serta Anugerah Inovasi Pengurusan Teknologi Dan Komunikasi (AIICT). Perhimpunan diakhiri dengan majlis bersurai dalam suasana penuh semangat dan penghargaan terhadap komitmen warga PTJPP.

Galeri Foto

  • Hits: 37

KELGOV PPST
Kebebasan Maklumat
Arkib Elektronik

https://ptjpp.kelantan.gov.my/index.php/profil/dasar-privasi