Accessibility Tools

Skip to main content
Majlis Iftar Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh Anjuran KELAB BERKESAN

Majlis Iftar Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh Anjuran KELAB BERKESAN

24 Februari 2026 | PTJPP | Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Tuan Ketua Jajahan sebagai pengisian rohani kepada para hadirin.

Seterusnya, berlangsung penyampaian sumbangan daripada KELAB BERKESAN kepada ahli yang ditimpa musibah serta kepada mereka yang baru menerima cahaya mata, sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan warga jabatan.

Majlis diteruskan dengan bacaan tahlil sebelum masuknya waktu berbuka puasa.
Apabila tiba waktu berbuka, hadirin memulakan dengan juadah ringan iaitu kurma dan air masak, kemudian menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Selepas itu, kakitangan dan pegawai berbuka puasa bersama-sama Ketua Jajahan di ruang legar Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh dalam suasana penuh ukhuwah. Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan solat sunat Tarawih.

Semoga majlis yang dianjurkan ini dapat mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga jabatan.

Galeri Foto

 

  • Hits: 8

KELGOV PPST
Kebebasan Maklumat
Arkib Elektronik

https://ptjpp.kelantan.gov.my/index.php/profil/dasar-privasi