Skip to main content
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Jajahan P. Puteh

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Jajahan Pasir Puteh

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Jajahan Pasir Puteh telah diadakan pada 9 September 2026 bertempat di Ruang Legar Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, dengan pengisian ceramah agama oleh Ustaz Muhammad Anwar bin Abdullah, sebagai wadah memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menyemarakkan kecintaan kepada Baginda. Majlis turut disusuli dengan Majlis Perpisahan Pegawai dan Kakitangan PTJPP sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan. Turut diadakan penyampaian Sijil Pekerja Contoh sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan prestasi cemerlang warga kerja, serta penyampaian sumbangan sempena hari lahir oleh Kelab BEKESAN PTJPP sebagai tanda keprihatinan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga PTJPP.

Pautan Gambar

  • Hits: 2

KELGOV PPST
Kebebasan Maklumat
Arkib Elektronik

https://ptjpp.kelantan.gov.my/index.php/profil/dasar-privasi