Skip to main content
Boling PTJPP

PERLAWANAN BOWLING BERKESAN 2026

🎳 PERLAWANAN BOWLING BERKESAN 2026 – MERIAH, PENUH SEMANGAT DAN UKHUWAH! 🎳 Alhamdulillah, selesai sudah Perlawanan Bowling BERKESAN 2026 yang berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan di Lite Superbowl JB 7, Mydin Tunjong. Program ini bukan sekadar medan menguji ketepatan balingan dan memburu jatuhan pin, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat berpasukan serta memperkukuh hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga kerja BERKESAN. Gelak tawa, sorakan dan semangat kesukanan yang ditonjolkan sepanjang pertandingan menjadikan program ini lebih bermakna. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, sebaliknya semangat kebersamaan dan kenangan yang tercipta menjadi kemenangan sebenar buat kita semua. Sekalung tahniah kepada para pemenang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta serta pihak yang menjayakan program ini. BERKESAN – BERSAMA, ERATKAN SILATURAHIM, KUATKAN KELUARGA! 💪🎳 #BERKESAN #PTJPP #BowlingBerkesan2026 #SatuKeluarga #EratkanSilaturahim

Galeri Foto

  • Hits: 2

KELGOV PPST
Kebebasan Maklumat
Arkib Elektronik

https://ptjpp.kelantan.gov.my/index.php/profil/dasar-privasi