Majlis Pelancaran Pembudayaan Prinsip UBUDIYYAH, MAS’ULIYYAH DAN ITQAN (UMI) Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh Tahun 2026
MELAHIRKAN WARGA KERJA BERINTEGRITI, BERPRINSIP DAN BERPRESTASI TINGGI!
12 November 2026 - Majlis Pelancaran Pembudayaan Prinsip UBUDIYYAH, MAS’ULIYYAH DAN ITQAN (UMI) Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh Tahun 2026 menjadi satu langkah penting dalam memperkukuh nilai kerja, membentuk jati diri serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Dengan berteraskan tiga prinsip utama, setiap warga kerja dituntut untuk melaksanakan amanah dengan penuh pengabdian, menggalas tanggungjawab dengan integriti serta melaksanakan setiap tugasan dengan kesungguhan dan kecemerlangan. UMI bukan sekadar prinsip, tetapi budaya kerja dan identiti kita. Bersama Menghayati, Mengamalkan dan Memperkasa Nilai UMI.
PTJPP - Pentadbiran Cekap, Pembangunan Pesat
PTJPP – Berilmu • Berkhidmat • Cemerlang
Galeri Foto
- Hits: 3
-a3398fe0.png)