ms MS en EN
FAQ Hubungi Kami Maklum Balas Peta Laman
Previous Next

LAWATAN MENTERI BESAR DAN KETUA JAJAHAN PASIR PUTEH KE KAPAL MARITIM TOK BALI

Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan dan Ketua Jajahan Pasir Puteh ketika bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang telah menerima sebuah kapal ronda generasi baru dengan nama rasmi KM Tok Bali di Tok Bali Supply Base (TBSB).

Penempatan KM Tok Bali bertujuan meningkatkan pengawasan dan Penguatkuasaan Undang-Undang, khususnya masalah Pencerobohan Bot Nelayan Asing Vietnam yang merupakan ancaman terbesar di perairan Kelantan. Selain itu, Keselamatan exsplorasi dan eksploitasi perairan Kelantan yang kaya dengan hasil gas asli dan petroleum juga semakin terjamin.

Maritim Negeri Kelantan mempunyai keluasan perairan seluas 27,637 kilometer persegi yang merangkumi Malaysia - Thailand Joint Development Area (JDA) dan Malaysia - Vietnam Commercial Arrangement (CAA).

Kehadiran Kapal Maritim Tok Bali Ke Negeri Kelantan diharapkan dapat meningkatkan motivasi dan semangat kerja warga Maritim Kelantan demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara. Turut hadir YB Ust Tuan Saripuddin Tuan Ismail, (Exco Kerajaan Negeri), YB ADUN Semerak, Pengarah Maritim Kelantan - Sumber -

© Hakcipta Terpelihara {2022} Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh. Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800 | Tarikh Kemaskini : 5 Disember 2024

Please publish modules in offcanvas position.

KELGOV PPST
Arkib

Hebahan