ms MS en EN
FAQ Hubungi Kami Maklum Balas Peta Laman

- Harap Maaf. Sistem Ini Masih Lagi Dalam Penyelenggaraan -

Hakcipta laman web Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh, Negeri Kelantan dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh, Negeri Kelantan kecuali dinyatakan sebaliknya.

Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh, Negeri Kelantan.

Organisasi merupakan satu unit sosial yang dibentuk untuk mencapai satu matlamat dalam organisasi. Pembahagian merupakan cara bagi pengkhususan seseorang pekerja di mana pengkhususan ini akan memendekkan jalinan perhubungan di antara pekerjanya. Secara tidak langsung ia akan memudahkan perancangan dan koordinasi dan seterusnya memudahkan penyesuaian terhadap perubahan persekitaran dengan lebih cepat. Ia juga dapat membandingkan prestasi di setiap jabatan yang ditubuhkan. 


Peranan Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh

Untuk mencapai objektif di atas, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh akan memainkan peranan sebagai:

  1. Perancang utama pembangunan Jajahan.
  2. Penyelaras pelaksanaan pembangunan Jajahan.
  3. Agen perumahan di peringkat Jajahan.
  4. Penghubung dan penyambung lidah kerajaan.
  5. Pendorong sistem pentadbiran cemerlang dan pelopor
  6. budayakerja yang positif di peringkat Jajahan.

 
Strategi

Dalam menjalankan peranan tersebut, strategi perlu diatur di dalam sesebuah organisasi ini supaya setiap objektif yang ditentukan tercapai matlamatnya. Antara strategi organisasi ini ialah:

  1. Pembinaan kepimpinan berpasukan dan kepimpinan melalui teladan.
  2. Perundangan dan bermesyuarat.
  3. Meningkatkan hubungan interpersonal di kalangan ketua-ketua agensi peringkat Jajahan.
  4. Saling bekerjasama antara jabatan-jabatan di dalam Jajahan.
  5. Pembentukan jawatankuasa kerja.
  6. Memberikan keutamaan dan penekanan kepada pembangunan insan.
  7. Meningkatkan penghayatan budaya kerja berkualiti dan cemerlang.
  8. Perkembangan Organisasi

Secara umumnya, struktur pentadbiran Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Tanah dan Bahagian Pembangunan. Setiap bahagian dalam pentadbiran PTJPP ini memainkan peranan yang berbeza. Ini adalah untuk merealisasikan setiap program yang telah dirangka dan dapat berjalan dengan lancar.

Merancang, menyelaras dan melaksanakan :
  • Program menaik taraf jalan kampung
  • Projek-projek kecil pembangunan seperti pembinaan jambatan, pembentong, wakaf dan lain-lain
  • Program Pembangunan Rakyat Termiskin seperti membina rumah baru dan bantuan zat makanan.
  • Projek-projek kampung yang diidamkan (KYD)
  • Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan
  • Mengumpul data-data dan maklumat melalui kajian dan sebagainya seperti kajian penduduk dan sosio-ekonomi
  • Menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan jajahan yang dilaksanakan oleh jabatan atau agensi lain melalui Jawatankuasa Pembangunan Tindakan Jajahan.

 

Mengurus dan memproses urusan-urusan berkaitan tanah seperti :
  • Mengurus pemberian milik tanah
  • Mengeluarkan suratan hak milik tanah
  • Menguruskan pemberian lesen menduduki sementara
  • Mengeluar lesen / permit pemindahan batu-batan
  • Memungut bayaran hasil tanah
  • Mengurus Pentadbiran urusniaga tanah seperti pindah milik, gadaian, pajakan dan bukan urusniaga seperti caveat dan perintah larangan.
  • Memproses urusan pengambilan balik tanah
  • Memproses permohonan pembahagian pesaka kecil
  • Menyelesaikan kes-kes tanah
  • Memproses permohonan ubah-syarat, pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah
  • Lain-lain urusan tanah

Melaksanakan aktiviti keagamaan seperti :
  • Program Kelas Takmir
  • Tilawatil Al-Quran
  • Kuliah Ramadhan
  • Majlis memperingati Israk dan Mikraj
  • Kursus-kursus dan penerangan kepada orang melayu yang  tinggal berhampiran dengan perkampungan orang asli
  • Majlis Qiamullail Jajahan dan Majlis Pelancaran Maal Hijrah
  • Maal Hijrah peringkat mukim
  • Khemah Ibadat
  • Kursus Asas Perkahwinan / Pengurusan Jenazah
Dan juga menyelia dan menguruskan lain-lain aktiviti dan urusan seperti :
  • Pengeluaran lesen, barang kawalan  dan  permit  hiburan
  • Kutipan duti setem
  • Pengurusan sambutan pelbagai perayaan peringkat Jajahan
  • Urusan keselamatan jajahan
  • Urusan pilihanraya serta daftar pemilih.
  • Aktiviti bersama

Page 2 of 3

© Hakcipta Terpelihara {2022} Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh. Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800 | Tarikh Kemaskini : 23 April 2024

Please publish modules in offcanvas position.

KELGOV PPST
Arkib

Hebahan