Gotong Royong di Pantai Bisikan Bayu, Mukim Semerak telah diadakan pada 22 Februari 2020. Pelbagai agensi kerajaan dan sekolah menyertai program ini. Bersempena Program Kelantaku Bersih/Pasir Putehku Bersih
Majlis Bacaan Doa Sempena Akhir Tahun 1440 Hijrah dan Awal Tahun 1441 Hijrah serta Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1441 Hijrah/2019 Masihi di Masjid Al-Ismaili Pasir Pekan. Masjid Ibrahimi mendapat tempat ke-3 kategori Masjid Jajahan Bandar Terbaik 1441H. Hadiah berupa wang tunai serta sijil diterima oleh YABrs Haji Abdul Fattah Bin Hasbullah selaku pengerusi Ajk Masjid Ibrahimi.
Mesyuarat Pentadbir - Pentadbir Tanah Negeri Kelantan telah dia adakan pada 03 September 2019 di bilik gerakan PTJPP..
Majlis ini dirasmikan oleh YABrs Tuan Haji Ab Pattah Bin Hasbullah, Ketua Jajahan Pasir Puteh di bilik Gerak PTJPP jam 12.00 tengahari.