ms MS en EN
FAQ Hubungi Kami Maklum Balas Peta Laman

SINAR HARIAN - LARIAN PANTAI TARIK PELANCONG

 

PASIR PUTEH - Acara larian di pantai yang sudah lama diaktifkan di selatan Thailand sesuai dipraktikkan di negara ini kerana ia terbukti mampu menarik kedatangan pelancong. Larian Pantai Musim Tengkujuh yang berlangsung di Pantai Bisikan Bayu di sini, semalam, sebagai usaha menyemarakkan sector pelancongan. Pengarah program, Khairul Affan Hassan berkata, banyak produk boleh dijadikan sebagai tarikan pelancong dan sukan di pantai merupakan salah satu daripadanya.

 “Kita lihat bagaimana peserta dari negara luar menyertai Larian Songkhla setiap tahun, kita juga ingin melihat fenomena sama di negara ini.

“Ini sebagai permulaan untuk kita melaksanakan sukan lasak merangkumi acara renang, berlari dan berbasikal,” katanya.

Larian Pantai Musim Tengkujuh dianjurkan secara bersama Kelab Berbasikal Bersatu Pantai Timur, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Dee Wana Resort. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah menyempurnakan pelepasan peserta pada jam 8 pagi. Khairul Affan berkata, penyertaan 30 pelari dari Thailand adalah petanda baik untuk terus menarik peserta luar negara.

Katanya, tahun hadapan pihaknya merancang mengadakan acara larian merentas pantai Kelantan dan Terengganu.

"Untuk kali ini jaraknya hanya tujuh kilometer tetapi tahun depan 21 kilometer, ia lebih mencabar dan menarik kerana membabitkan dua negeri pantai timur," katanya.

Acara semalan membabitkan tiga kategori iaitu terbuka, veteran, kanak-kanak dan obes dengan jarak berbeza - Sinar Harian -

© Hakcipta Terpelihara {2022} Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh. Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800 | Tarikh Kemaskini : 17 November 2024

Please publish modules in offcanvas position.

KELGOV PPST
Arkib

Hebahan