Accessibility Tools

Skip to main content

Perasmian Dan Lawatan Ke Tapak Bazar Ramadan Bagi Program Walkabout Ramadan 2025

12 Mac 2025 | Bazar Ramadan Pasir Puteh (ASTAKA) 

Perasmian dan Lawatan Ke Tapak Bazar Ramadan Bagi Program Walkabout Ramadan 2025 Pada 12 Mac 2025 (Rabu), jam 4.00 petang, telah berlangsung majlis perasmian dan lawatan ke Tapak Bazar Ramadan Pasir Puteh (ASTAKA) bagi Program Walkabout Ramadan 2025. Majlis ini dirasmikan oleh YABrs. Ketua Jajahan Pasir Puteh, Encik Mohd. Roshdi bin Ismail, yang disambut dengan penuh meriah oleh para hadirin.

Aturcara majlis dimulakan dengan ketibaan YABrs. Ketua Jajahan, diikuti dengan gimik perasmian Walkabout Ramadan yang menandakan pembukaan rasmi bazar tersebut. Seterusnya, berlangsung sesi penyampaian cenderahati kepada gerai-gerai pilihan yang telah menyediakan hidangan dan barangan berkualiti untuk para pengunjung. Selepas itu, YABrs. Ketua Jajahan bersama rombongan melakukan walkabout ke gerai-gerai Bazar Ramadan untuk melihat sendiri persiapan dan hidangan yang ditawarkan. Lawatan ini juga menjadi peluang untuk berinteraksi dengan peniaga dan pengunjung, menambah kemeriahan suasana Ramadan.

Galeri Foto


  • Hits: 44

KELGOV PPST
Kebebasan Maklumat
Arkib Elektronik

https://ptjpp.kelantan.gov.my/index.php/ms/profil/dasar-privasi