Piagam Pelanggan
A. BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
BIL | PERKARA | TEMPOH MASA |
1 | Permohonan Permit Hiburan (sekiranya semua dokumen berkaitan lengkap) |
1 jam |
2 | Menyedia Baucer Bayaran (Pembelian/Pembaikian)l | 2 hari |
3 | Proses siasatan untuk mendapatkan lesen penulis petisyen | 2 minggu |
4 | Pengesahan Sijil dan Dokumen | 15 minit |
5 | Segala aduan / pertanyaan / maklumbalas / cadangan akan dijawab dalam tempoh masa 14 hari bekerja | 14 hari bekerja |
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
BIL | PERKARA | TEMPOH MASA |
1 | Setiap emel yang diterima akan dihantar kepada pegawai yang bertanggungjawab | 10 minit |
2 | Paparan pengemaskinian Portal Rasmi setelahmenerima bahan | 2 jam |
B. BAHAGIAN PEMBANGUNAN
BIL | PERKARA | TEMPOH MASA |
1 | Pendaftaran Pemborong | 15 minit selepas bayaran dibuat |
2 | Laporan penyiasatan dan anggaran untuk permohonan/cadangan projek | 10 hari bekerja |
3 | Perlaksanaan projek kesejahteraan rakyat (KR) akan siap | 4 minggu dari tarikh surat setuju terima |
4 | Urusan penyediaan Baucer Pembayaran kepada tuntutan kerja projek pembangunan | 5 hari (termasuk lawatan bagi pengesahan projek) |
C. BAHAGIAN TANAH
UNIT PEMBANGUNAN TANAH
- Segala urusan permohonan pindah milik tanah dibawah Seksyen 120 KTN:-
- Bagi kawasan di bawah kelulusan Ketua Jajahan dapat disiapkan dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Bagi kawasan dibawah kelulusan pihak berkuasa negeri (EXCO) dapat disiapkan dalam tempoh 3 bulan.
- Permohonan Perintah Jualan (Lelong) akan diproses dalam masa 2 jam.
- Permohonan tukar syarat akan diselesaikan:-
- Bagi ubah syarat pertanian ke pertanian dapat diselesaikan dalam masa 1 bulan.
- Bagi ubah syarat pertanian ke bangunan atau industri dapat diselesaikan dalam masa 3 bulan.
- Permohonan pecah sempadan/bahagian/cantuman akan diselesaikan dalam masa 3 bulan
- Urusan pengeluaran hakmilik gantian akan diselesaikan dalam masa 6 bulan.
- Permohonan laporan status tanah (pertanian komersial, pengeluaran kayu balak, one stop centre (OSC) dan lombong) dapat diselesaikan dalam masa 1 minggu.
- Permohonan tunjuk sempadan dapat diselesaikan dalam masa 1 bulan.
- Permohonan serah balik tanah dan beri milik semula dapat diselesaikan dalam masa 1 bulan.
UNIT PELUPUSAN
- Pendaftaran permohonan milik tanah dapat diselesaikan dalam masa 1 jam
- Pendaftaran permohonan T.O.L (sewa tanah kerajaan) dalam masa 1 jam.
- Permohonan beli pelan dapat diselesaikan dalam masa 1 jam.
- Permohonan tarik balik deposit dapat diselesaikan dalam masa 1 jam
UNIT HASIL
- Urusan pembayaran cukai tanah, deposit tanah dan lain-lain urusan bayaran akan diselesaikan dalam masa 5 minit dari masa penyerahan bil.
- Segala urusan pembetulan maklumat dalam bil hasil tanah akan diselesaikan dalam masa 5 minit.
UNIT PENGUATKUASAAN
- Permohonan baru permit batu-batan boleh dluluskan dalam tempoh 5 hari bekerja.
UNIT PENDAFTARAN TANAH
- URUSNIAGA
- Urusan pendaftaran pindah milik tanah untuk satu hak milik akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam, jika besertakan dokumen yang lengkap.
- Urusan pendaftaran gadaian dan melepas gadaian hak milik tanah akan diselesaikan dalam masa 24 jam bagi dokumen yang lengkap.
- Segala urusan cabutan/carian rasmi dan beli salinan dokumen akan diuruskan dalam masa 15 minit.
- Pendaftaran berkaitan kaveat atas tanah akan diselesaikan dalam masa 2 jam besertakan dokumen yang lengkap.
- BUKAN URUSNIASGA
- Permohonan pendaftaran pesaka kecil (Daftar Fail) dan pendaftaran pindah milik tanah melalui pesaka kecil bagi satu hakmilik akan diuruskan dalam masa 3 jam, bagi dokumen yang lengkap.
- Permohonan geran tanah yang hilang (Daftar Fail) akan diuruskan dalam masa 2 jam untuk dokumen yang lengkap.
- Urusan mematikan setem akan diselesaikan dalam masa 5 minit.
- Urusan pengambilan geran tanah oleh tuan tanah akan diselesaikan dalam masa 1 minit.