Pemantauan Naziran
- Jumlah paparan: 0
*** Dalam Proses Pengemaskinian ***
* Aktiviti Pengemaskinian Kandungan Laman Web Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh.
Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh (PTJPP).
PTJPP sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur.
Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Oleh yang demikian, PTJPP amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
- Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
- Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
- Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
- Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
- Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
- DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
- Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots”atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
- Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
- Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
- Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
- Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.
Piagam Pelanggan
- Jumlah paparan: 2
A. BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
BIL | PERKARA | TEMPOH MASA |
1 | Permohonan Permit Hiburan (sekiranya semua dokumen berkaitan lengkap) |
1 jam |
2 | Menyedia Baucer Bayaran (Pembelian/Pembaikian)l | 2 hari |
3 | Proses siasatan untuk mendapatkan lesen penulis petisyen | 2 minggu |
4 | Pengesahan Sijil dan Dokumen | 15 minit |
5 | Segala aduan / pertanyaan / maklumbalas / cadangan akan dijawab dalam tempoh masa 14 hari bekerja | 14 hari bekerja |
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
BIL | PERKARA | TEMPOH MASA |
1 | Setiap emel yang diterima akan dihantar kepada pegawai yang bertanggungjawab | 10 minit |
2 | Paparan pengemaskinian Portal Rasmi setelahmenerima bahan | 2 jam |
B. BAHAGIAN PEMBANGUNAN
BIL | PERKARA | TEMPOH MASA |
1 | Pendaftaran Pemborong | 15 minit selepas bayaran dibuat |
2 | Laporan penyiasatan dan anggaran untuk permohonan/cadangan projek | 10 hari bekerja |
3 | Perlaksanaan projek kesejahteraan rakyat (KR) akan siap | 4 minggu dari tarikh surat setuju terima |
4 | Urusan penyediaan Baucer Pembayaran kepada tuntutan kerja projek pembangunan | 5 hari (termasuk lawatan bagi pengesahan projek) |
C. BAHAGIAN TANAH
UNIT PEMBANGUNAN TANAH
- Segala urusan permohonan pindah milik tanah dibawah Seksyen 120 KTN:-
- Bagi kawasan di bawah kelulusan Ketua Jajahan dapat disiapkan dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Bagi kawasan dibawah kelulusan pihak berkuasa negeri (EXCO) dapat disiapkan dalam tempoh 3 bulan.
- Permohonan Perintah Jualan (Lelong) akan diproses dalam masa 2 jam.
- Permohonan tukar syarat akan diselesaikan:-
- Bagi ubah syarat pertanian ke pertanian dapat diselesaikan dalam masa 1 bulan.
- Bagi ubah syarat pertanian ke bangunan atau industri dapat diselesaikan dalam masa 3 bulan.
- Permohonan pecah sempadan/bahagian/cantuman akan diselesaikan dalam masa 3 bulan
- Urusan pengeluaran hakmilik gantian akan diselesaikan dalam masa 6 bulan.
- Permohonan laporan status tanah (pertanian komersial, pengeluaran kayu balak, one stop centre (OSC) dan lombong) dapat diselesaikan dalam masa 1 minggu.
- Permohonan tunjuk sempadan dapat diselesaikan dalam masa 1 bulan.
- Permohonan serah balik tanah dan beri milik semula dapat diselesaikan dalam masa 1 bulan.
UNIT PELUPUSAN
- Pendaftaran permohonan milik tanah dapat diselesaikan dalam masa 1 jam
- Pendaftaran permohonan T.O.L (sewa tanah kerajaan) dalam masa 1 jam.
- Permohonan beli pelan dapat diselesaikan dalam masa 1 jam.
- Permohonan tarik balik deposit dapat diselesaikan dalam masa 1 jam
UNIT HASIL
- Urusan pembayaran cukai tanah, deposit tanah dan lain-lain urusan bayaran akan diselesaikan dalam masa 5 minit dari masa penyerahan bil.
- Segala urusan pembetulan maklumat dalam bil hasil tanah akan diselesaikan dalam masa 5 minit.
UNIT PENGUATKUASAAN
- Permohonan baru permit batu-batan boleh dluluskan dalam tempoh 5 hari bekerja.
UNIT PENDAFTARAN TANAH
- URUSNIAGA
- Urusan pendaftaran pindah milik tanah untuk satu hak milik akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam, jika besertakan dokumen yang lengkap.
- Urusan pendaftaran gadaian dan melepas gadaian hak milik tanah akan diselesaikan dalam masa 24 jam bagi dokumen yang lengkap.
- Segala urusan cabutan/carian rasmi dan beli salinan dokumen akan diuruskan dalam masa 15 minit.
- Pendaftaran berkaitan kaveat atas tanah akan diselesaikan dalam masa 2 jam besertakan dokumen yang lengkap.
- BUKAN URUSNIASGA
- Permohonan pendaftaran pesaka kecil (Daftar Fail) dan pendaftaran pindah milik tanah melalui pesaka kecil bagi satu hakmilik akan diuruskan dalam masa 3 jam, bagi dokumen yang lengkap.
- Permohonan geran tanah yang hilang (Daftar Fail) akan diuruskan dalam masa 2 jam untuk dokumen yang lengkap.
- Urusan mematikan setem akan diselesaikan dalam masa 5 minit.
- Urusan pengambilan geran tanah oleh tuan tanah akan diselesaikan dalam masa 1 minit.
Halaman 1 dari 3