Accessibility Tools

Skip to main content
do bertukar

Majlis Amanat dan Perpisahan Ketua Jajahan Pasir Puteh

 Pasir Puteh, 15 April 2025 - Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan Tuan Ketua Jajahan Pasir Puteh di Bilik Gerakan PTJPP pada tengah hari semalam.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Penggawa Bukit Jawa, diikuti tayangan video montaj yang memaparkan detik-detik penting dan sumbangan beliau selama berkhidmat di jajahan ini. Timbalan Ketua Jajahan kemudian menyampaikan ucapan penghargaan atas segala jasa dan komitmen beliau.

Dalam amanat perpisahan yang penuh emosi, Tuan Ketua Jajahan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga jajahan atas kerjasama erat sepanjang beliau berkhidmat di Pasir Puteh sebelum berpindah ke Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati khas dan sesi bergambar kenangan yang dihadiri oleh semua staf sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat beliau.

Galeri Foto

  • Hits: 71

KELGOV PPST
Kebebasan Maklumat
Arkib Elektronik

https://ptjpp.kelantan.gov.my/index.php/ms/profil/dasar-privasi