ZIARAH KEMATIAN BADAN KEBAJIKAN SUKAN DAN REKREASI (BERKESAN)
MAKLUMAN ZIARAH KEMATIAN
BADAN KEBAJIKAN SUKAN DAN REKREASI (BERKESAN)
Dimaklumkan bahawa pada 9 Disember 2025, Pengerusi BERKESAN En. Mohd Khalis Syafiq Bin Mohamad Nor bersama Ahli Jawatankuasa Kebajikan telah melaksanakan ziarah kematian ke kediaman isteri Allahyarham Mohd Zuhairi bin Salleh di Machang.
Dalam ziarah tersebut, pihak BERKESAN telah menyampaikan sumbangan daripada ahli BERKESAN serta sumbangan ikhlas daripada kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga Allahyarham.
Pihak BERKESAN merakamkan ucapan takziah yang setinggi-tingginya kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian beliau. Semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
- Hits: 49
-180c658d.png)