Majlis Sekalung Budi, Sejambak Kasih
Majlis Sekalung Budi, Sejambak Kasih merupakan wadah penuh penghargaan yang dianjurkan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh bagi meraikan jasa serta sumbangan pegawai dan kakitangan yang bertukar atau bersara pada tahun 2025.
Majlis ini akan berlangsung pada 17 Disember 2025 (Rabu), jam 8:30 pagi bertempat di Bilik Gerakan PTJPP. Ia diadakan sebagai tanda terima kasih atas dedikasi, komitmen, dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.
Melalui majlis ini, diharapkan hubungan silaturahim yang terjalin akan terus kekal mesra, walaupun para pegawai dan kakitangan menempuh fasa baharu dalam kehidupan. Semoga segala jasa dan bakti yang ditinggalkan menjadi inspirasi kepada warga kerja yang masih berkhidmat, serta menjadi kenangan indah yang sentiasa dikenang.
Galeri Foto
- Hits: 43
-180c658d.png)