Program Sinergi Strategik Projek Konservasi Ketam Nipah di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan
23 Ogos 2026 | Ahad | Tok Aman Bali Beach Resort | YABrs. En. Mohd Kamarulzaman bin Ab. Wahab, Ketua Jajahan Pasir Puteh, bersama Prof. Ikhwanuddin daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam sesi menandatangani Surat Niat (LOI) bagi menjayakan Program Sinergi Strategik Projek Konservasi Ketam Nipah di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan.
Kerjasama strategik ini menjadi satu langkah penting dalam memperkukuh usaha pemuliharaan sumber marin, khususnya spesies ketam nipah, di samping membuka ruang kepada penyelidikan, pemerkasaan komuniti serta pembangunan ekosistem perikanan yang mampan di daerah Pasir Puteh.
Semoga jalinan kerjasama antara Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh bersama UMT ini dapat memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat setempat serta menyumbang kepada kelestarian sumber alam dan ekonomi komuniti.
Galeri Foto
- Hits: 14
-a3398fe0.png)