Majlis Perjumpaan YABrs. Ketua Jajahan Pasir Puteh merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh bersama peserta Kontinjen Perbarisan Hari Kebangsaan Malaysia 2026
Majlis Perjumpaan YABrs. Ketua Jajahan Pasir Puteh merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh bersama peserta Kontinjen Perbarisan Hari Kebangsaan Malaysia 2026
Telah berlangsung Majlis Perjumpaan YABrs. Ketua Jajahan Pasir Puteh merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh bersama peserta Kontinjen Perbarisan Hari Kebangsaan Malaysia 2026 pada 26 Ogos 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh (PTJPP).
Majlis turut diserikan dengan penyerahan uniform rasmi kontinjen kepada para peserta sebagai persiapan menghadapi Perbarisan Hari Kebangsaan Malaysia 2026. Pertemuan ini juga menjadi platform untuk menyampaikan amanat, meningkatkan semangat patriotisme serta memperkukuh kerjasama dan komitmen semua peserta dalam menjayakan kontinjen Jajahan Pasir Puteh.
Semoga kontinjen Pasir Puteh terus bersemangat, berdisiplin dan tampil dengan penuh keyakinan demi mengharumkan nama Jajahan Pasir Puteh serta Negeri Kelantan.
Galeri Foto
- Hits: 1
-a3398fe0.png)