Skip to main content

Visi Dan Misi

Visi

Menjadikan Pejabat Tanah & Jajahan Pasir Puteh Sebagai Sebuah Jabatan Dinamik ,Komprehensif dan mengutamakan Pembangunan Lestari Dan Cekap Serta Mencapai Kepuasan Pelanggan Menjelang Tahun 2020.

Misi

Merancang, Mengurus, Mentadbir Tanah & Jajahan dan Melaksanakan Dasar-Dasar Kerajaan Serta Memberi Perkhidmatan Secara Berintegriti, Berkualiti Dan Efisien Ke Arah Kecemerlangan Pembangunan Ekonomi, Fizikal Dan Pembangunan Insan.

  • Hits: 10598

Perutusan Ketua Jajahan

 PTJPP DO En Kamarulzaman

Bismillahir Rahmanir Rahiim 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh  

Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh dapat dibangunkan dengan jayanya selaras dasar kerajaan yang mahukan setiap agensi kerajaan mempunyai laman web mereka sendiri bagi tujuan penyebaran maklumat yang lebih efisien dan efektif.

Teknologi maklumat adalah sangat penting dan merupakan aset utama pembangunan sesebuah negara. Menyedari akan kepentingannya, Perdana Menteri kita telah mengesyorkan penggunaan IT secara meluas supaya masyarakat turut sama mengecapi kemajuan dan tidak ketinggalan dalam mengejar arus kemodenan masa kini. Dengan kepesatan dunia sains dan teknologi kini juga dapat membantu pekerja sektor awam meningkatkan prestasi serta kualiti pejabat kerajaan khususnya Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.

Saya sedar matlamat untuk mencapai tahap perkhidmatan yang cemerlang bagi sesebuah organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan keinginan dan komitmen yang tinggi di kalangan pekerja untuk memperbaiki dan memajukan diri seiring dengan perkembangan teknologi maklumat kini. Adalah menjadi harapan saya, laman web ini menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan terima kasih dan tahniah kepada para pegawai dan semua yang terlibat dalam menghasilkan laman web ini. Insyaallah, marilah sama-sama kita berdoa semoga usaha murni ini mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Sekian, wassalam.

PENTADBIRAN CEKAP, PEMBANGUNAN PESAT

YABrs En. Mohd Kamarulzaman Bin Ab Wahab
(Ketua Jajahan Pasir Puteh)

  • Hits: 14754

TUNGGAKKAN

PERHATIAN!!!

Kegagalan pihak pemilik tanah menjelaskan tunggakan cukai tanah mengakibatkan Notis 6A dibawah Seksyen 97 & 98 Kanun Tanah Negara 1965 dikeluarkan. Notis perampasan akan dikeluarkan apabila tunggakan cukai melebihi RM500 atau 5 tahun ke atas

  • Hits: 3119

KELGOV PPST
Kebebasan Maklumat
Arkib Elektronik

https://ptjpp.kelantan.gov.my/index.php/profil/dasar-privasi