
Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 1446H Peringkat Jajahan Pasir Puteh
Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena
Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 1446H Peringkat Jajahan Pasir Puteh
Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 1446H peringkat Jajahan Pasir Puteh bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya tentang pentingnya mematuhi peraturan trafik, terutamanya ketika musim perayaan dimana jumlah kenderaan meningkat.
Kempen ini telah diadakan pada 8 Syawal 1446H bersamaan 7 April 2025 (Isnin), jam 9.00 pagi, di hadapan Pejabat Penggawa Daerah Bukit Awang. Aktiviti-aktiviti seperti pemberian topi keledar percuma dan agihan cenderahati bersama pamplet keselamatan di jalanraya.
Dengan adanya kempen sebegini, diharapkan jumlah kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Pengguna jalan raya perlu sentiasa berhati-hati, menghormati undang-undang, dan mengutamakan keselamatan diri serta orang lain. Semoga program ini mencapai matlamatnya dalam mewujudkan suasana perayaan yang selamat dan gembira untuk semua.
- Hits: 91