Accessibility Tools

Skip to main content
mesyuarat penyelarasan pelaksanaan projek bina masjid baru

Lawatan Tapak dan Mesyuarat Pelarasan Pelaksanaan Projek Bina Baru Masjid Gong Chapa Temila Pasir Puteh

Pada 10 Syawal 1446H bersamaan 09 April 2025 (Rabu), satu lawatan tapak dan mesyuarat pelarasan telah diadakan bagi pelaksanaan Projek Bina Baru Masjid Gong Chapa Temila, Pasir Puteh. Lawatan tersebut bermula pada jam 2:00 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Nik Shafiruddin Bin Nik Shahar Shah, Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Penyelarasan Projek Khas ICU JPM manakala PTJPP diwakili YABrs En. Mohd. Roshdi bin Ismail, Tuan Ketua Jajahan Pasir Puteh dan pegawai dan kakitangan PTJPP.

Lawatan dimulakan di lokasi tapak pembinaan masjid untuk meninjau kemajuan kerja serta mengenal pasti sebarang isu teknikal yang berbangkit. Seterusnya, mesyuarat pelarasan telah diadakan di Bilik Gerakan PTJPP bagi membincangkan pelaksanaan projek secara lebih terperinci.

Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan perancangan dan memastikan semua pihak terlibat memahami peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam memastikan projek dapat dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Galeri Foto


  • Hits: 118

KELGOV PPST
Kebebasan Maklumat
Arkib Elektronik

https://ptjpp.kelantan.gov.my/index.php/ms/profil/dasar-privasi