Accessibility Tools

Skip to main content

Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh

13 Mei 2025 | 8:15 Pagi | Perkarangan Parkir PTJPP | Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh (PTJPP) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dengan penuh semangat perpaduan dan disiplin. Majlis dimulakan dengan ketibaan pegawai dan kakitangan PTJPP, diikuti oleh kehadiran YABrs. En. Mohd Kamarulzaman bin Ab. Wahab, Ketua Jajahan Pasir Puteh.

Acara diteruskan dengan semua hadirin menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dan lagu Selamat Sultan. Seterusnya, lafaz Ikrar Rukun Negara dibacakan bagi memperkukuh semangat patriotik dan integriti dalam kalangan warga PTJPP.

Sebelum ucapan Ketua Jajahan, pengumuman pertukaran pegawai dan kakitangan disampaikan untuk memaklumkan perubahan dalam organisasi. YABrs. En. Mohd Kamarulzaman kemudian menyampaikan ucapan perasmian yang menekankan pentingnya kerjasama, komitmen, dan peningkatan kualiti kerja dalam perkhidmatan awam.

Majlis diakhiri dengan bersurai dalam suasana harmoni. Perhimpunan bulanan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara staf tetapi juga menjadi platform untuk menyampaikan maklumat penting serta memupuk semangat cinta akan negara dan perkhidmatan yang berkualiti.

Galeri Foto

  • Hits: 8

KELGOV PPST
Kebebasan Maklumat
Arkib Elektronik

https://ptjpp.kelantan.gov.my/index.php/ms/profil/dasar-privasi