
Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Kelantan ke Jajahan Pasir Puteh 2025
Pada 17 April 2025 (Khamis), YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke Jajahan Pasir Puteh. Program bermula pada pukul 9.00 pagi di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh dengan ketibaan tetamu jemputan, diikuti oleh sambutan rasmi, sesi bergambar, sarapan pagi, dan bacaan doa.
Taklimat pembangunan jajahan disampaikan oleh Ketua Jajahan Pasir Puteh sebelum YAB Menteri Besar berucap. Seterusnya, rombongan bertolak ke tapak projek East Coast Rail Link (ECRL) Pasir Puteh untuk taklimat oleh CEO Malaysia Rail Link Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Sri Darwis Abdul Razak. YAB Menteri Besar turut menaiki lokomotif ECRL.
Pada pukul 12.00 tengah hari, majlis diteruskan di Madrasah Ihya’ Ulumuddin, Selising dengan jamuan makan tengahari. Acara diisi dengan ucapan alu-aluan, penyampaian geran hakmilik tanah kepada penerima, dan jamuan sebelum bersurai. Lawatan ini menekankan komitmen kerajaan dalam pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan rakyat Kelantan.
- Hits: 48