Tanah
Apakah prosedur memohon tanah kerajaan untuk kegunaan peribadi atau syarikat?
Jawapan:
Permohonan tanah kerajaan melibatkan:
Lengkapkan borang permohonan tanah (Borang Jadual 1).
- Lampirkan dokumen seperti salinan kad pengenalan, sijil kelahiran pemohon, pasangan dan bapa pemohon, pelan lokasi, kertas cadangan projek (syarikat), dan dokumen lain yang berkaitan.
- Serahkan borang di Pejabat Tanah dan Jajahan.
- Permohonan akan disemak dan disyorkan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Jajahan dan diangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi kelulusan
- Pemohon akan diberitahu keputusan melalui surat rasmi.
Bagaimana cara memohon geran tanah individu?
Jawapan:
Untuk memohon geran tanah individu:
-
Hantar borang permohonan kepada Pejabat Tanah.
-
Bayar premium tanah yang ditetapkan.
-
Sediakan dokumen sokongan seperti salinan IC, salinan sijil lahir, pelan lokasi, pelan surih dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan
-
Setelah diluluskan, pemohon akan menerima geran hak milik daripada Pejabat Tanah.
Apakah syarat untuk mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL)?
Jawapan:
Syarat-syarat untuk mendapatkan TOL:
-
Tanah mestilah tanah kerajaan yang belum diluluskan untuk hak milik.
-
Pemohon perlu menunjukkan tujuan penggunaan seperti pertanian atau perniagaan kecil.
-
Bayaran lesen mesti dijelaskan setiap tahun.
-
Pemegang lesen tidak dibenarkan menjual, memajak, atau memindahkan hak pendudukan.