Penyaksian setempat merupakan projek KIK sulong PTJPP. Fungsi Penyaksian adalah bagi memudahkan pelanggan membuat urusan tanah dengan hanya setempat sahaja dimana pegawai yang bertugas akan berada di tempat tersebut
Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Hassan bin Munah telah memimpin pengikut-pengikutnya menyerang kubu Inggeris di Pasir Putih, Kelantan. Serangan ini di lakukan berikutan dengan tindakan askar Inggeris membakar kampung dan kota di Jeram tempat tinggal Tok Janggut, setelah mereka gagal mencari dan menangkap beliau dan pengikut-pengikutnya. Tok Janggut adalah anak kepada seorang Panglima kepada Pesuruhjaya Raja Kelantan di Kota Jeram. Setelah dewasa beliau berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji dan tinggal di sana selama beberapa tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama. Sekembalinya dari Mekah, beliau telah menyimpan janggut yang lebat dan semenjak itu beliau dikenali sebagai Tok Janggut. Tok Janggut merupakan seorang yang bengis terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman. Di zaman pemerintahan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV daerah Pasir Putih telah dimajukan dan seorang Ketua Jajahan yang telah dilantik. Pihak pentadbiran Pasir Putih telah mengeluarkan Undang-undang yang memaksa rakyat supaya membayar cukai-cukai yang tidak menasabah. Denda-denda yang berat dikenakan jika mereka gagal membayar cukai. Tok Janggut telah mengorak langkah memimpin penduduk-penduduk jajahan Pasir Putih membantah undang-undang yang dikenakan. Keadaan telah menjadi huru-hara. Sultan Muhammad IV telah mengeluarkan perintah supaya orang-orang yang melakukan huru-hara itu menyerah diri. Perintah ini telah diketepikan oleh Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya. Dengan persetujuan Penasihat British di Kelantan, bantuan askar-askar Inggeris dari Singapura telah diminta untuk menangkap Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya tetapi mereka telah gagal dan akhirnya terpaksa balik ke Singapura setelah seminggu berada di Pasir Putih. Tok Janggut kemudianya merancang untuk menyerang Bandar Pasir Putih. Bantuan askar Inggeris dari Singapura sekali lagi telah diminta. Ketibaan askar-askar Inggeris di Pasir Putih tidak menerima apa-apa ancaman kerana Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya telah menyembunyikan diri. Tindakan Tok Janggut ini menyebabkan askar-askar Inggeris begitu marah lalu membakar kampung dan kota di Jeram. Rumah Tok Janggut juga dibakar dan harta benda telah dimusnahkan. Tindakan askar-askar Inggeris ini menaikkan kemarahan Tok Janggut lalu mengumpulkan pengikut-pengikutnya dan menyerang kubu Inggeris di Pasir Putih pada waktu malam. Pertempuran telah berlanjutan hingga ke hari esoknya dan ramai yang terkorban termasuk Tok Janggut