Majlis Santapan Malam Persembahan Majlis Orang-Orang Besar D’Raja Kelantan
Majlis Santapan Malam Persembahan Majlis Orang-Orang Besar D’Raja Kelantan
Tarikh : 20 November 2022
Tempat : Hotel Shangri-La Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR | 25 Rabiulakhir 1444H / 20 November 2022 - KDYMM Sultan Muhammad V dan DYMM Sultanah Kelantan berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Persembahan Majlis Orang-Orang Besar D’Raja Kelantan bertempat di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.
Berangkat mengiringi Duli-Duli Tuanku Ialah YTM Tengku Mahkota Kelantan dan YAM Tengku Bendahara Kelantan.
Menyambut Keberangkatan Duli-Duli Tuanku ialah YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan dan Datin, YB Dato’ Timbalan Menteri Besar dan Datin, YB Dato’ Kaya Setia, Setiausaha Kerajaan Kelantan dan Datin, Pimpinan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Kerabat-Kerabat D’Raja Kelantan serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Majlis turut diserikan dengan Persembahan Kebudayaan.