Waspada ribut Siklon Tropika landa Kelantan!
Jabatan Meteorologi mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu berikutan pembentukan satu siklon tropika di perairan Laut China Selatan.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan memaklumkan, fenomena itu bergerak ke arah barat laut berdekatan pantai di negeri berkenaan sekali gus membawa kepada kejadian hujan lebat.